KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini hilang sabar apabila menerima mesej peribadi di laman sosial Instagram miliknya yang tidak berpuashati dengan cara pengacaraannya di sebuah program televisyen.
Rita, 42, berkata, dia tampil untuk membalas mesej peribadi tersebut kerana seorang netizen menghina punca rezekinya yang dianggap keterlaluan.
“Sudah lama sis sabar dengan manusia berhati busuk kat luar sana. Tapi yang ini sis tak suka bila pertikai rezeki yang sis cari untuk anak-anak.
“Keji ke jadi pengacara? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua?” tulisnya di Instagram miliknya hari ini.
Bermula awal Januari lalu, Rita menjadi salah seorang pengacara program membeli-belah Wow Shop pada setiap Ahad di TV9 . – MalaysiaGazette