Foto goal.com.

MANCHESTER – Manchester United akhirnya mengesahkan kelab itu telah berjaya mengikat Alexis Sanchez dari Arsenal menerusi pertukaran dengan pemain, Henrikh Mkhitaryan yang berhijrah ke kelab London itu.

Eurosport mendedahkan, beberapa laporan media melaporkan, Sanzhez menandatangi kontrak selama empat tahun setengah yang bernilai £350,000 (RM1.9 juta) hingga £400,000 (RM2.2 juta) seminggu.

Perpindahan itu akan menjadikan bintang kelahiran Chile yang berusia 29 tahun itu menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Sanchez tidak lagi terikat dengan Arsenal pada penghujung musim dan menyertai United selepas Manchester City menarik diri daripada perebutan ke atas pemain tersebut.

Sanchez menyumbat sebanyak 80 gol dalam 166 perlawanan sejak menyertai Arsenal setelah beralih dari Barcelona pada 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast