FEYENOORD – Robin van Persie kembali menyarung jersi kelab lamanya, Feyenoord pada usia 34 tahun.
Karier penyerang Belanda itu bermula di akademi Fayenoord sebelum menyertai Arsenal, Manchester United dan Fenerbahce.
Kepulangan Van Persie ke Fayerhood disambut meriah oleh kelab yang terus memuat naik gambar-gambar pemain itu di laman Twitter rasminya.
Dia bakal menyarung jersi No.32 yang dipakai ketika usia remaja bersama kelab ini.
Dia tiba di Feyenoord semalam dan melengkapkan kontrak baharu bersama kelab itu.
Sebagai rekod, Van Persie sinonim dengan Arsenal selepas hampir lapan tahun berkelana di kelab itu dengan menjaringkan 226 gol.
Namun pada tahun 2012 dia berpindah ke Old Trafford selama tiga musim sebelum berpindah ke kelab Turki, Fenerbahce untuk dua musim sehingga Januari 2018. – MalaysiaGazette