Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama COO MBOR, Christoper Wong (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan Sijil MBOR kepada Kelab JDT di Hotel Thistle di Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Kejayaan dan pencapaian yang dikecapi Kelab Bolasepak Darul Ta’zim (JDT) sejak 2013 hingga kini diiktiraf apabila disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sijil MBOR bagi pencapaian Kelab JDT itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong kepada Pemilik Kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Hotel Thistle di sini hari ini.

Pengiktirafan kepada Kelab Bolasepak JDT itu diberikan atas kejayaan dan pencapaian menjadi pasukan pertama di Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC pada tahun 2015.

JDT juga menjadi pasukan pertama dalam negara yang muncul juara Liga Super untuk empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016, 2017 selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Sijil MBOR itu juga diberikan kepada JDT atas kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan Liga Super bagi musim 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast