LAHORE – Polis Pakistan telah menahan suspek utama yang merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Zainab Ansari, yang telah mencetuskan kemarahan rakyat negara itu.
Suspek, Imran Ali, 24 dipercayai adalah pemburuh bersiri.
Bercakap dalam sidang akhbar di Lahore, Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif berkata, suspek telah ditahan dan disoal siasat dan sampel DNA miliknya sepadan dengan sampel yang diambil dari tempat kejadian di Kasur.
Kematian Zainab telah menimbulkan ketegangan di negara itu termasuk tunjuk perasaan yang mendakwa kegagalan polis untuk bertindak.
Tunjuk perasaan itu turut menyebabkan dua terbunuh. Keadaan itu menyebabkan polis berada dalam tekanan untuk menyelesaikan kes pembunuhan tersebut.
Sharif berkata, pihak polis telah mendapatkan 1,150 sampel DNA.
Selain Zainab, terdapat tiga lagi kanak-kanak perempuan telah diserang dan dua terbunuh.
Mayat Zainab ditemui di tempat pembuangan sampah awal bulan ini selepas beberapa hari beliau dilaporkan hilang.
Polis di Kasur berkata, terdapat beberapa kes pembunuhan yang hampir sama dalam dua tahun
Dalam rakaman kamera litar tertutup sebelum kehilangan Zainab, kanak-kanak itu kelihatan berjalan dengan seorang lelaki.
Beberapa media mendakwa, suspek yang didakwa membunuh Zainab dikenali oleh keluarganya tetapi bapa mangsa menafikan. – MalaysiaGazette