Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi

Malaysia dipilih sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia di PPB, semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia yang cedera dalam gempa bumi di barat daya Lebak, wilayah Banten, Indonesia.

Wilayah itu mengalami gempa bumi 6.1 magnitud pada pukul 1.30 tengah hari semalam, turut memberi kesan di Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung.

“Kementerian Luar sudah berhubung dengan pelajar Malaysia di Jakarta, Bandung dan Bogor bagi memantau keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rakyat Malaysia diminta tenang dan mengikuti perkembangan terkini.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh e-mel Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui [email protected] atau hubungi +62215224947 / +6281380813036. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast