TORRONTO- Syarikat mainan, Toys “R” Us Inc. bagi perniagaan Kanada akan menutup kira-kira 180 cawangan di Amerika Syarikat dalam beberapa bulan akan datang.

Ini kerana rangkaian kedai mainan itu sedang berhadapan dengan risiko muflis.

Presiden Toys “R” Us (Canada) Ltd., Melanie Teed-Murch dalam sepucuk surat kepada para pelanggannya berkata, kesemua 83 cawangan kedai mainan tersebut akan beroperasi seperti biasa.

Syarikat berkenaan memfailkan perlindungan bankrap Bab 11 pada September lalu, sebulan sebelum musim percutian tiba bagi menstruktur semula hutang jangka panjang AS$5 bilion dan melindungki lebih 64,000 pekerjanya dan 1,600 cawangan.-MalaysiaGazette