MANCHESTER – Manchester United mengumumkan Jose Mounrinho telah menyambung kontrak baharu bersama kelab itu sehingga tahun 2020.
Berita gembira buat peminat United itu dikongsikan di laman sesawang rasmi kelab berkenaan.
Sementara itu, Mourinho meluahkan rasa bangga terus dapat menjadi pengurus Manchester United.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik dan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward yang percaya dengan kerja keras dan dedikasi saya.
“Saya yakin juga mampu pengurus yang tepat untuk kelab hebat dan melihat masa depan.
“Saya meletak sasaran tinggi untuk menjuarai tiga trofi dalam satu musim.
“Kami juga mahu mencipta lebih banyak kejayaan demi masa depan Manchester United yang berpanjangan.
“Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang terus memberi sokongan dan membuatkan saya seperti berada di tempat sendiri dengan cepat,” jelas pengendali kelahiran Portugal dalam kenyataan di laman sesawang rasmi itu. – MalaysiaGazette