Mauricio Pochettino sedang diburu Real Madrid untuk menggantikan Zinadine Zidane di penghujung musim La Liga nanti.
Mauricio Pochettino sedang diburu Real Madrid untuk menggantikan Zinadine Zidane di penghujung musim La Liga nanti.

ENGLAND – Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs kini berdepan cabaran besar untuk ‘mengekalkan’ Mauricio Pochettino.

Ini kerana Pengurus Spurs itu kini menjadi buruan kelab gergasi La Liga Sepanyol.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan sudah memulakan usahanya memujuk pengurus kelahiran Argentina itu berikutan musim tidak memuaskan dibawah kendalian Zinedine Zidane yang menduduki tempat keempat dengan 19 perbezaan mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

Sportsmail difahamkan, komunikasi awal telah berlaku antara pasukan Galacticos dan juga pegawai Pochettino.

Sumber di Sepanyol juga percaya Pochettino begitu terdesak untuk bekerja dengan Real Madrid.

Spurs bagaimanapun dikatakan akan mengambil pendekatan tetap untuk mempertahankan pengurus berkaliber itu daripada radar juara berganda Liga juara-Juara Eropah itu.

Spurs akan mengambil segala usaha untuk memastikan Pochettino terus kekal di White Hart Lane.

Pochettino mempunyai kontrak bersama Spurs sehingga tahun 2021 dan tidak terikat dengan sebarang klausa pelepasan.

Ini bermakna Real Madrid berdepan misi besar untuk memujuk Pengerusi kelab White Hart Lane, Daniel Levy untuk melepaskan Pochettino.

Real Madrid juga difahamkan telah menyediakan sejumlah dana besar untuk mengikat dua bintang Spurs dan mencuba nasib membida penjaga gol Manchester United David de Gea sekali lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast