Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd.Rahman berucap pada Himpunan Warga Kota Putera di Kompleks YJN, Bukit Jalil, Kuala Lumpue. foto AFFAN FAUZI, 28 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengingatkan ahli parti di negeri itu tidak melaga-lagakan antara satu sama lain yang disifatkannya hanya membuang masa.

Beliau yang juga Menteri Besar negeri tersebut menekankan kepentingan kesepaduan antara satu sama lain bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita tidak akan berjaya kalau kita keseorangan. Kena beri sokongan kepada kami jangan adu domba sesama sendiri, kita banyak dah buang masa bercerita benda tidak berfaedah membuat perkara yang tidak memberi satu kekuatan,” kata Ahmad Razif ketika berucap di majlis Himpunan Warga Kota Putera di Kompleks YJN hari ini.

Tambahnya, berdasarkan prestasi parti pembangkang yang memerintah sebelum ini, BN menerusi barisan kepimpinan parti itu jauh lebih baik maka tidak sepatutnya wujud ketidakpuasan hati dan tentangan.

“Tidak ada sebab untuk orang menolak apa yang kita buat sebab apa yang kita buat atas landasan yang betul maknanya Terengganu ni molek (baik) dah dan tidak akan jadi sendiri jika tidak ada kepimpinan yang molek (baik),” menurutnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast