Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. Foto Metro.

LIVERPOOL – Belum hilang kejutan kalah kepada pasukan tercorot, Swansea City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, Liverpool terus menerima terus nasib malang.

Pagi tadi, The Reds tersungkur dalam saingan Piala FA Inggeris kepada West Brom 2-3 dalam aksi pusingan keempat.

Liverpool gagal untuk menjaringkan gol walaupun menguasai permainan, sebaliknya West Brom menyumbat tiga gol pada separuh masa pertama.

Liverpool bermula garang apabila Roberto Firminho menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.

Namun, dua minit kemudian penyerang West Brom, Jay Rodriguez menyamakan kedudukan sebelum meletakkan The Baggies di depan pada minit ke-11.

Laluan Liverpool semakin sukar apabila pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip menjaringkan gol sendiri pada akhir separuh masa pertama.

Anak buah Jurgen Klopp cuba untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua tetapi hanya mampu menjaringkan satu gol melalui Mohamed Salah pada minit ke-78.

Ini merupakan kekalahan pertama Liverpool di Anfield sejak 23 April tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast