Datuk Seri Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Tindakan Pakatan Harapan mengadakan pertemuan dengan duta-duta besar Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini jelaskan menunjukkan bahawa pemimpin parti itu mengamalkan dasar politik sempit.

Malah tindakan mereka yang membangkitkan isu-isu negatif terhadap negara boleh mengundang campur tangan asing, sekali gus merumitkan strategi dan dasar kerajaan untuk membela rakyat di negara ini,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Selain itu katanya, pertemuan tersebut telah menjejaskan maruah dan kedaulatan negara.

“Dalam masa Malaysia diiktiraf dan disanjung di pesada dunia, dan ketika ekonomi negara sedang rancak bergerak kepada pertumbuhan yang kukuh, politik Pakatan Harapan yang mengundang penglibatan luar mempamerkan niat sebenar pihak pembangkang tersebut yang membelakangkan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita difahamkan bukanlah menjadi hasrat duta-duta besar EU untuk mendengar tuduhan-tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap Kerajaan.

“Namun, tindakan Pakatan Harapan yang berusaha untuk melibatkan kuasa-kuasa asing, adalah satu tindakan yang amat tidak patriotik dan sesungguhnya telah meremehkan maruah negara bangsa kita,” katanya menerkusi kenyataan hari ini.

Anifah berkata, Malaysia sebagai sebuah negara demokratik dan bebas tidak menghalang duta besar asing mengamalkan amalan diplomatik antarabangsa, selari dengan norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub di dalam Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik 1961.

Katanya, kerajaan tidak akan teragak-agak di dalam membela hak rakyat dan kedaulatan serta maruah negara untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak asing yang melanggar norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam konvensyen tersebut.

“Adalah jelas usaha-usaha pihak Pakatan Harapan merupakan satu politik terdesak yang amat dikesali kerana ianya mengundang campurtangan dan tekanan kuasa asing ke atas nilai-nilai dan prinsip serta amalan demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

“Ini merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik Tun Dr. Mahathir yang nyata telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa.

“Tindakan Tun Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan melibatkan duta-duta asing dalam usaha untuk meremehkan strategi kerajaan harus menjadi satu kejutan akan siapa sebenarnya yang menjulang dan mempertahankan hak serta martabat dan kedaulatan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. mana kita cakap tak sempit.. mereka menyerang kerajaan dengan menggunakan EU sebagai medium.. serangan mereka memalukan negara iaitu negara yg mereka berpijak sekarang ni.. angkara mereka berita ni berlegar keeropah.. sudah begitu dikatakan merangka kerjasama dengan EU.. datang pula kekediaman besar EU.. mereka melutut dengan EU.. bukan EU datang kemajlis mereka.. mereka pula yg datang kepada EU.. nampak terdesaknya mereka.. cukup2 lah termakan kata2 pembangkang.. lebih2 lagi pemimpin tak sedar diri yg berangan nak jadi PM kali kedua..!

Comments are closed.