KUALA LUMPUR – “Berapa banyak wayang Tun Dr Mahathir Mohamad nak main?” tanya bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin dalam Dialog Perjuangan For All yang bertajuk PPBM: Oleh Siapa? Untuk Siapa?.

Pengerusi parti itu yang juga pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini tambahnya, semakin menjauhi pendiriannya yang sering dilaungkan kepada rakyat iaitu memusuhi DAP, PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim namun kini berbeza 360 darjah.

“Kalau Tun boleh cakap tipu tentang DAP takkan Tun tak boleh tipu tentang perkara-perkara lain? Kemudian isu Datuk Seri Anwar Ibrahim saya masih ingat pada 1998 saya bergaduh dengan kawan, saudara mara bertegang urat membela Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tun M pergi ke seluruh dunia kata Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri tetapi hari ini Tun M berdiri di luar berasa sedih tidak dapat jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana nak cakap terima kasih dengan Anwar sokong perjuangannya… Tipu lagi. Saya ni orang muda ajar saya benda yang betul,” katanya sebagai panel dialog itu pada Sabtu.

Perkara yang menyedarkannya adalah menjadi ahli UMNO selama 22 tahun, tiada yang mengubah pendirian parti itu terhadap DAP namun tidak untuk PPBM yang disifatkannya menipu rakyat demi kepentingan peribadi.

“Ketika dulu di UMNO 22 tahun setiap kali kempen mesti hentam DAP bermusuh dengan DAP tetapi hari ini tiba-tiba Tun nak berkawan dengan DAP kenapa doktrin Tun sendiri boleh ubah.

“Apabila di hujung-hujung banyak benda yang saya nampak tidak betul. Kalau ini boleh tipu, itu boleh tipu saya rasa macam rakyat perlu tahu perkara yang sebenar. Sampai bila rakyat nak kena tipu. Bermusuh dengan orang Cina, orang PKR, hari ini peluk orang PKR,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast