KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam kebakaran di sebuah hospital di Korea Selatan yang mengorbankan nyawa 37 mangsa, menurut Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, ini berdasarkan maklumat diterima daripada pihak berkuasa tempatan di sana menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul.

“Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat di dalam insiden itu setakat ini,” katanya.

Pihak kedutaan di sana boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected] atau di talian +82-2-2077 8600 / +8210 8974 8699.

Selain daripada mereka yang terkorban, lebih daripada 130 mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran pada Jumaat di Hospital Sejong di bandar Miryang, tenggara Korea Selatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast