NEW YORK – Bruno Mars dan Kendrick Lamar membuktikan kehebatan apabila mengungguli Anugerah Grammy dengan memenangi tiga anugerah.
Berlangsung semalam di sini, Lamar berjaya mengenepikan Jay-Z yang memperoleh pencalonan dalam tiga kategori sama.
Lamar menewaskan Jay-Z menerusi kategori lagu rap terbaik, persembahan terbaik dan video muzik terbaik menerusi lagu Humble.
Mars pula membawa pulang anugerah kategori persembahan R&B dan lagu terbaik menerusi That’t What I Like serta album R&B terbaik untuk album bertajuk 24k Magic.
Album itu turut diangkatkan sebagai pemenang kategori kejuruteraan album terbaik, iaitu kategori khas bagi mengiktiraf hasil kerja jurutera bunyi.
Kesemua anugerah terbabit disampaikan tiga jam lebih awal dari acara kemuncak. – MalaysiaGazette