Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Ben Liew Pok Boon bersama Penasihat Undang Undang Gerakan dan juga mangsa scammer, Mak Kah Keong menunjukkan laporan polis pada sidang media mengenai modus operandi terbaru scammer di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Cheras, Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 29 JANUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini seringkali kita maklum bahawa mangsa perbuatan tidak berperikemanusiaan ‘scammer’ kebanyakannya golongan wanita, tapi kini tidak lagi.

Modus operandi penipuan siber menerusi Facebook yang terbaru menyasarkan lelaki sebagai mangsa.

Demikianlah yang berlaku pada Mak Kah Keong, 32, yang juga merupakan Penasihat Undang-undang Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM).

Dalam sidang medianya hari ini, Kah Keong menceritakan ugutan dibuat oleh salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Cherry Tu mengugutnya untuk menyebarkan video ‘tidak senonoh’ yang menampakkan seolah-olah pelakunya adalah beliau.

Jelas beliau, ia berlaku pada 22 Januari  lalu apabila wanita yang mengaku dirinya berasal dari Filipina itu menerima Kah Keong sebagai rakannya di dalam Facebook sebelum membuat panggilan video.

Penasihat undang-undang parti itu kemudiannya berasa curiga apabila wanita itu tanpa segan silu membuka semua pakaiannya dan membuat aksi lucah.

Penasihat Undang Undang Gerakan dan juga mangsa scammer, Mak Kah Keong menunjukkan bukti scammer pada sidang media mengenai modus operandi terbaru scammer di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Cheras, Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 29 JANUARI 2018

“Pada 11. 30 malam saya selalunya akan periksa permintaan rakan di Facebook, ‘Cherry Ty‘ ini dia ada seorang kawan saya dalam senarainya jadi pada mulanya saya tidak rasa ada apa-apa.

“Namun selepas lima minit saya terima sebagai rakan dalam FB dia kemudian membuat panggilan video kepada saya. Di situ saya sudah rasa lain dah saya periksa di internet maklumat tentang scammer menerusi FB caranya sama dengan wanita itu lakukan.

“Tidak lama kemudian saya menghentikan panggilan video itu. Cherry Ty menghantar satu video yang disunting menunjukkan muka saya dan menunjukkan kemaluan tapi bukan saya punya.

“Dia juga mengugut untuk menyebarkan kepada rakan saya dan keluarga saya di FB jika saya tidak memberikannya RM5,000,” katanya kepada pemberita.

Menyedari tindakan Cherry Ty itu adalah salah satu strategi scammer, beliau kemudiannya enggan melayan perempuan itu menerima padah apabila video palsunya disebar kepada rakan-rakannya.

Lebih buruk ada yang mempercayainya.

Beliau turut memaklumkan telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian di Ibu Pejabat Daerah Serdang dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam minggu ini.

“Ada rakan saya hantar dan tanya kenapa saya buat begitu, ada yang percaya itu saya. FB ini memang ada kebaikan tapi ada yang menggunakannya kepada jalan yang sebaliknya sekarang,” tambahnya.

Menyedari bukan dirinya sahaja yang akan menjadi mangsa beliau berharap SKMM akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah seperti ini dalam masa yang sama mengelakkan modus operandi seperti ini merebak.

“Mereka ini mugkin sekarang di luar negara tapi tidak mustahil ia nanti akan diikuti oleh orang tempatan.

“Saya tidak tahu sama ada SKMM mampu selesaikannya tapi saya tetap akan salur maklumat kepada SKMM untuk tengok tindakan seterusnya,” ujar beliau.

Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Ben Liew Pok Boon bersama Penasihat Undang Undang Gerakan dan juga mangsa scammer, Mak Kah Keong menunjukkan gambar scammer pada sidang media mengenai modus operandi terbaru scammer di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Cheras, Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 29 JANUARI 2018

Sidang medianya hari ini diadakan di Ibu Pejabat PGRM dan bersama-sama dengannya adalah Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Ben Liew Pok Boon. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast