Foto Daily Mail.

LONDON – Pemain pertahanan Cardiff City, Joe Bennett memohon maaf di atas tindakan kasarnya ketika aksi Piala FA pusingan keempat yang menyaksikan Cardiff City tewas 0-2 pagi tadi.

The Sun melaporkan, Bennet mengaku tidak sengaja menerjah betis pemain Leroy Sane.

Akibat terjahan tersebut, pemain antabangsa Jerman itu mengalami kecederaan namun disahkan tidak serius.

“Saya memohon  kepada Leroy Sane di atas kejadian itu. Saya hanya mahu membuat halangan namun tidak menyangka insiden itu berlaku.

“Saya tidak sengaja menerjahnya. Saya rg6  Saya berharapkan dia cepat sembuh dan tidak ada yang serius berlaku,” jelas bekas pemain Aston Villa itu di laman Twitternya.

Tindakan Bennet itu juga dikritik pengurusnya, Neil Warnock.

“Ia satu tindakan yang tidak profesional daripada Joe,” ujarnya.

Tindakan Bennett itu menyebabkan dia dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan.

Sementara itu, Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberitahu, Sane terpaksa direhat buat hampir sebulan

“Mungkin dua atau tiga minggu atau pun sebulan. Kita akan lihat perkembangannya kerana ia melibatkan buku lali,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast