KUALA LUMPUR – Affin Holdings Berhad (Affin Holdings) telah selesai menyempurnakan pengagihan semua saham Affin Bank Berhad (Affin Bank) kepada para pemegang sahamnya hari ini.
Affin Bank kini merupakan syarikat induk kepada Affin Islamic Bank Berhad, Affin Hwang Investment Bank Berhad, Affin Moneybrokers Sdn Bhd dan AXA Affin Life Insurance Berhad.
Manakala AXA Affin General Insurance Berhad adalah syarikat bersekutu Affin Bank.
Affin Holdings kini tidak aktif dan akan dibubarkan dalam masa terdekat.
Affin Bank akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 Februari 2018, sebagai ganti kepada Affin Holdings.
Di masa hadapan, Affin Bank akan menerajui pertumbuhan masa depan Kumpulan Affin
Bank.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, 2018 adalah tahun penting bagi Kumpulan Affin kerana akan meneruskan trajektori pertumbuhan dengan aktiviti penyusunan kumpulan, Transformasi Affinity dan pelancaran penawaran digital.
“Seiring dengan dinamik ekonomi dan industri yang terus berkembang, adalah penting untuk kami meletakkan strategi yang tepat yang berdasarkan pada kecekapan, produktiviti, lebih berdaya saing dan berkelainan,” katanya. – MalaysiaGazette