Aymeric Laporte.

MANCHESTER – Menjelang hari-hari terakhir jendela perpindahan bulan ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City membuat kejutan apabila hampir mengikat seorang pemain pertahanan baharu.

Nama pemain muda Athletic Bilbao, Aymeric Laporte tiba-tiba muncul untuk melengkapkan perpindahan bernilai 57 juta pound (RM312.2juta).

Jumlah perpindahan itu menyaksikan City merekodkan nilai perpindahan tertinggi selepas membayar 55 juta pound untuk Kevin de Bruyne pada tahun 2015.

City telah berbelanja 190 juta pound untuk mendapatkan pemain pertahanan sejak penghujung musim lalu.

Laporte, 23, mempunyai 19 kap bersama pasukan Perancis Bawah 21 Tahun sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast