Home Ekonomi Bank Islam naikkan BR, BFR

Bank Islam naikkan BR, BFR

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula kadar asas (BR) daripada 3.65 peratus kepada 3.90 peratus dan kadar pembiayaan asas (BFR) kepada 6.85 peratus berbanding 6.60 peratus sebelum ini berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, semakan semula kadar itu sejajar dengan kenaikan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia.

Bank Pusat itu telah meningkatkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Semakan terakhir BR Bank Islam dilakukan pada 27 Julai 2016 semasa kadar disemak
semula daripada 3.90 peratus kepada 3.65 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast