KUALA LUMPUR – Kumpulan RHB mengumumkan kenaikan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa 2 Februari ini, masing-masing kepada 3.90 peratus dan 6.85 peratus.
Kenaikan itu seiring dengan kenaikan kadar dasar semalam (OPR) oleh Bank Negara Malaysia pada minggu lalu.
Katanya, pada masa sama ia juga meningkatkan kadar deposit tetap sebanyak 20 mata asas.
Semakan itu terpakai kepada RHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. – MalaysiaGazette