ACAPULCO – Bahagian tubuh tujuh orang yang disumbat dalam beg plastik dijumpai di pinggir jalan di selatan Guerrero dekat Mexico.
Ia merupakan kawasan pengeluaran popi opium, yang mana dadah saling melancarkan ‘peperangan’ sesama sendiri dan penculikan.
Pihak berkuasa negeri mengatakan terdapat enam mayat lelaki dan seorang wanita, yang semuanya tidak dikenali.
Mayat-mayat itu disumbatkan dalam 15 beg plastik di bandar kecil Chilapa, kira-kira 180 batu (290 kilometer) di selatan Mexico City.
Guerrero popular kerana resort pantai Acapulco, salah satu destinasi pelancongan yang paling terkenal di Mexico tetapi menjadi salah satu bandar paling berbahaya di dunia. – MalaysiaGazette