TOKYO – Sebelas orang terbunuh akibat kebakaran di sebuah rumah penjagaan warga emas yang menghadapi masalah kewangan di utara Jepun, kata polis.

Rakaman televisyen menunjukkan bangunan tiga tingkat itu dijiat api dan berpuluh-puluh anggota bomba berusaha memadamkan api dalam keadaan bersalji.

Beberapa gambar menunjukkan bangunan yang telah menjadi hitam dengan bumbungnya kelihatan runtuh kerana kebakaran itu.

Mangsa mangsa – lapan lelaki dan tiga wanita – merupakan antara 16 penghuni kediaman yang duruskan sebuah organisasi tempatan di Sapporo, Hokkaido

Lima lgi penghuni berjaya melepaskan diri dan mengalami kecederaan ringan, kata seorang jurucakap polis kepada AFP sambil menambah pihak berkuasa sedang mengenal pasti identiti mangsa.

Polis berkata, mereka telah melancarkan siasatan punca kebakaran yang berlaku pada pukul 11.42 malam itu menerusi panggilan kecemasan, kata jurucakap tersebut.

Kemudahan tersebut diwujudkan bagi menyokong warga emas yang menghadapi masalah kewangan dengan menawarkan kediaman pada harga rendah dan membantu mereka mencari pekerjaan, lapor badan penyiaran awam, NHK.

Pada kebiasaannya, rumah penjagaan warga emas itu tidak mempunyai kakitangan pada sebelah malam, lapor media tempatan. – Agensi.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast