WASHINGTON – Rizab Persekutuan masih mengekalkan kadar faedah pada Rabu namun menjangkakan inflasi akan naik pada tahun ini, sekali gus menyebabkan kos pinjaman meningkat di bawah Gabenor bank pusat baharu, Jerome Powell.

Bersandarkan kepada peningkatan pekerja, perbelanjaan isi rumah serta pelaburan modal, Rizab Persekutuan menjangkakan ekonomi akan berkembang pada kadar sederhana dan pasaran buruh kekal kukuh pada 2018.

“Inflasi pada asas 12 bulan dijangka meningkat tahun ini dan stabil pada sekitar 2.0 peratus mengikut sasaran Rizab Persekutuan dalam pertengahan tahun, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan selepas mengakhiri mesyuarat dasar selama dua hari. Mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh Janet Yellen.

Kenyataan itu turut menyebut, jawatankuasa penetapan kadar telah memilih Powell untuk menggantikan Yellen berkuatkuasa 3 Februari ini.

Powel yang merupakan Gabenor Rizab Persekutuan selama ini bekerjasama erat dengan Yellen, telah dinominasikan oleh Presiden Donald Trump dan disahkan oleh Senat AS.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast