KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Selasa ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip akan dilaksanakan di Jalan Pudu dan Jalan Sarawak.

Gangguan bekalan air bermula pada pukul 10 malam 6 Februari hingga 8 pagi keesokan harinya, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor.

Kawasan-kawasan terlibat ialah Jalan Pudu, Jalan Sg Besi, Jalan Sarawak, Jalan Yew,
Jalan Pasar, Jalan Gajah, Jalan Brunei, Jalan San Peng, Jalan Davies, Jalan Landak dan
Jalan Kancil.

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast