Hafizh Syahrin Abdullah.

SEPANG – Kembalinya bekas pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kategori Moto2 menguatkan lagi spekulasi pemindahan Hafizh Syahrin Abdullah untuk bersaing dalam kelas perdana MotoGP musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali yang mengesahkan perkara tersebut berkata kedudukan Hafizh Syahrin akan diumumkan dalam masa terdekat.

Hafizh yang mewakili SIC Racing untuk beraksi dalam kelas Moto2 bagi musim ini, dikaitkan dengan pemindahan ke pasukan Monster Yamaha Tech3 bagi menggantikan Jonas Folger yang berdepan masalah kesihatan.

“Hari ini SIC ingin mengumumkan Zulfahmi akan kembali ke MotoGP bagi Moto2. Beliau kini berada di Barcelona untuk berlatih dengan pelumba Malaysia yang lain sebagai persediaan ujian pramusim di Valencia pada Selasa ini.”

“Berikutan ura-ura tentang pemindahan Hafizh, kami terpaksa mengecualikan beliau dalam pasukan Moto2 dan pelantikan Zulfahmi ini adalah bagi ?menggantikan’ tempat Hafizh,” katanya ketika ditemui pemberita di SIC, di sini hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast