KUALA LUMPUR – AirAsia akan memindahkan operasinya di Melbourne ke Lapangan Terbang Avalon berkuatkuasa akhir tahun ini.
Pada masa ini AirAsia beroperasi di Lapangan Terbang Melbourne.
AirAsia X Malaysia akan mengendalikan penerbangan dua kali sehari sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama di lapangan terbang itu, kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.
Sejumlah 500,000 penumpang antarabangsa dijangka bergerak melalui Lapangan Terbang Avalon pada tahun pertama operasinya. – MalaysiaGazette