LONDON – Pemain baharu Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang melaungkan amaran kepada pesaing Liga Perdana Inggeris bahawa beliau akan melakukan lebih banyak lagi selepas dia menjaringkan gol pada penampilan sulung dengan membantu pasukannya membenam Everton 5-1 semalam.
Pemain tengah, Aaron Ramsey melakar hat trick manakala jaringan Aubameyang dan pemain pertahanan, Laurent Koscielny memastikan kemenangan untuk pasukannya dalam perlawanan yang menyaksikan serangan bertali arus dilakukan pada separuh masa pertama.
“Adakah lebih banyak akan datang daripada saya?. Saya rasa begitulah,” kata Aubameyang yang meledakkkan gol pada minit ke-37 dalam penambilan sulung untuk kelab tersebut selepas memeterai kontrak untuk berhijrah daripada Borussia Dortmund pada minggu lalu.
“Kami memenangi perlawanan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua ia berlainan sedikit. Kami semua gembira pada hari ini,”.
Arsenal kekal berada pada tangga keenam liga, tiga mata di belakang Tottenham Hotspur yang akan bertandang ke Liverpool hari ini. – Reuters.