STAMFORD BRIDGE – Joe Hart sedang diburu Chelsea sekiranya penjaga gol Thibaut Courtois meninggalkan Stamford Bridge akhir musim ini.
Penjaga gol antarabangsa Belgium itu masih mempunyai kontrak berbaki setahun bersama skuad Antonio Conte.
the Blues bimbang Courtois, 25, tidak akan menyambung kontrak dan akan dirampas Real Madrid yang sedang mengintai rapat pemain itu.
Joe Hart yang merupakan penjaga gol England berada dalam radar Chelsea sebagai penganti Courtois.
Juara Liga Perdana Inggeris itu difahamkan sanggup menjadikan Courtois penjaga gol terbaik di dunia dengan gaji lumayan sekitar 200,000 pound seminggu.
Namun sehingga sekarang belum ada sebarang terma yang dipersetujui dalam perjanjian pemain itu menyebabkan peluang terbuka kepada pasukan La Liga Sepanyol itu.
Juara berganda Liga Juara-Juara Eropah itu dijangka memberi tekanan kepada Chelsea dengan tawaran lumayan ke atas Courtois.
Andai kata Courtois meninggalkan Chelsea, bekas penjaga gol nombor satu Man City, Joe Hart disenaraikan sebagai pemain paling layak mengisi kekosongan itu nanti.
Hart kini dipinjamkan ke West Ham selepas hilang keyakinan Pep Guardiola.
Pep Guardiola juga dijangka tidak akan menyekat penghijrahan Hart ke Stamford Bridge setelah tamat tempoh pinjamannya di West Ham. – MalaysiaGazette