PETALING JAYA – Anggota yang bertugas di balai polis Damansara benar-benar terkejut apabila seorang lelaki membawa bersama mayat teman wanitanya dalam kereta yang dipandunya ke balai polis itu lalu menyerah diri.
Lelaki itu mendakwa dia telah membunuh teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara sebelumnya.
Suspek berusia 37 tahun kelihatan tenang apabila dia mengaku telah menikam mangsa berusia 35 tahun sebelum membawa mayatnya dalam kereta Honda City ke balai polis tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memberitahu pemberita bahawa suspek menyerah diri kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
“Dia yang datang dengan berpakaian lengkap dan dalam keadaan biasa sahaja dipercayai menikam mangsa dalam kereta.- BERNAMA