KUALA LUMPUR – Pemain import kelima Terengganu FC (TFC) akhirnya menjadi milik bekas pemain Gangwon FC, Lee Jun-Hyeob bagi menggantikan Park Seung il yang ditamatkan kontrak.
Perkara itu diumumkan di laman rasmi Facebook TFC hari ini yang menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan tersebut.
Pemain berusia 29 tahun berjaya menyingkirkan seorang lagi pemain import dari Korea Selatan, Park Seung il selepas diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan.
Pemain yang beraksi di posisi serangan itu dibawa masuk bagi menggantikan rakan senegaranya, Kim Hyun-woo yang dilanda kecederaan serius ketika aksi pramusim di Kemboja.
Hyun Woo yang beraksi dengan pasukan PKNP FC musim lalu itu dilaporkan perlu berehat selama seminggu saja namun selepas rawatan susulan, pemain yang memiliki ketinggian 1.85 meter itu disahkan gagal pulih dalam tempoh terdekat.
Ketiadaan Hyun Woo memaksa pasukan itu mencari pemain lain bagi mengisi kuota pemain import Asia biarpun Liga Super telah membuka tirainya kelmarin.
Sementara itu, TFC sekadar berkongsi satu mata setelah kedudukkan terikat 2-2 pada aksi pembuka tirai saingan Liga Super bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam Sabtu lalu. – MalaysiaGazette