Tan Sri Annuar Musa mengumumkan penubuhan sebuah akademi bola sepak yang dinamakan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army), semalam.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan penubuhan sebuah akademi bola sepak yang dinamakan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army).

TSAM Army bertujuan melahirkan seramai mungkin pemain bola profesional di negara ini dengan memberi fokus terhadap bakat baharu berusia antara 9 hingga 16 tahun.

Annuar yang merupakan Presiden Al Hamra Group berkata, TSAM Army akan beroperasi di 12 pusat latihan iaitu 10 pusat latihan untuk pelatih berusia 9 hingga 12 tahun dan dua pusat latihan untuk pelatih berusia 13 hingga 16 tahun.

“TSAM Army akan memulakan pencarian bakat baharu secara terbuka di pusat-pusat latihan tersebut pada 10 Februari ini dan kita jemput semua anak-anak dalam lingkungan umur ini untuk menunjukkan bakat masing-masing.

“TSAM akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Februari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Cengal,” katanya dalam Facebook milik sempena Majlis Pengisytiharan TSAM Army itu semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast