Anggota polis memeriksa kereta dibawa suspek di Balai Polis Damansara.

PETALING JAYA – Lelaki yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini berhubung kes membunuh wanita itu.

Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 37 tahun itu sehingga 12 Februari ini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 11.15 pagi.

Semalam, media melaporkan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Damansara terkejut apabila seorang lelaki membawa sendiri mayat teman wanitanya dengan sebuah kereta sebelum menyerah diri.

Sebelum itu, lelaki itu mendakwa telah membunuh teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara.

Suspek berusia 37 tahun kelihatan tenang apabila dia mengaku telah menikam mangsa berusia 35 tahun sebelum membawa mayatnya dalam kereta Honda City ke balai polis tersebut. – BERNAMA

Lelaki serah diri dengan bawa mayat teman wanita

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast