AMSTERDAM – Spekulasi Manchester United telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Ajax Amsterdam untuk menandatangani Justin Kluivert rupanya tidak berasas.
Sebelum ini, United dikatakan sanggup membayar £10 juta danpelbagai bonus tambahan kepada anak legenda Belanda itu, Patrick Kluivert.
Ini selepas perlawanan akhir Liga Europa musim lau, Jose Mourinho memberitahu, Kluivert bahawa dia mahu menandatangani pemain itu pada masa akan datang.
Namun Kluivert, 18, menegaskan laporan itu adalah tidak benar.
“Peluang saya meninggalkan Ajax adalah tipis,” katanya kepada Voetbal Inside.
“Saya belum bercakap dengan Jose Mourinho sendiri. Khabar angin selalu ada, tetapi Manchester United tidak pernah muncul dan saya tidak fikir ia adalah langkah logik.
“Adakah saya terus beberapa tahun lagi di Ajax? Siapa yang tahu, kita akan lihat. ”
Sebelum ini, Mourinho telah mendedahkan semalam dia tidak akan membawa masuk sebarang pemain serangan dalam skuad itu.
Justin pula boleh beraksi baik di sebelah sayap kiri, kanan dan boleh bermain di posisi nombor 10. – MalaysiaGazette