Thursday, March 6, 2025
Home Ekonomi Kepesatan ekonomi negara berterusan

Kepesatan ekonomi negara berterusan

M. Ayhan Kose

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan yang pesat, disokong oleh kepelbagaian dalam ekonominya termasuk inisiatif-inisiatif pembaharuan dan rangka kerja dasar ekonomi makro yang kukuh bagi menangani kejutan luaran, kata Kumpulan Bank Dunia.

Pengarah  Kumpulan Prospek Pembangunan Bank Dunia, M. Ayhan Kose berkata, ekonomi Malaysia berprestasi baik dan kadar pertumbuhan sebenar bagi 2017 mungkin akan lebih positif berbanding 2016.

“Berdasarkan perspektif jangka panjang, Malaysia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan ini telah mewujudkan hasil-hasil kemanfaatan yang anda (boleh) jangkakan dalam sesebuah ekonomi.

“Ekonomi Malaysia adalah jauh lebih pelbagai pada hari ini daripada 20 tahun lepas, (dengan) institusi-institusi dan rangka  dasar makroekonomi yang lebih teguh. Jadi potensi pertumbuhan masih boleh mencecah tahap tertinggi,” katanya  kepada pemberita selepas taklimat mengenai ‘Prospek Ekonomi Global’ di sini hari ini.

Bulan lepas, Bank Dunia, dalam laporan Prospek Ekonomi Global berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast