Home Ekonomi MAHB jalin kerjasama jadikan Subang hab aeroangkasa

MAHB jalin kerjasama jadikan Subang hab aeroangkasa

Badlisham Ghazali

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandatangani beberapa perjanjian perkongsian dan persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat aerokangsa dan industri untuk mengubah Subang menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan.

Perjanjian itu ditandatangani di Pameran Udara Singapura 2018 untuk Inisiatif Pembangunan Semula Subang.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, Subang mempunyai komuniti aeroangkasa matang yang terkenal untuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, pengendali asas tetap; pembuatan dan latihan.

Antaranya, Spirit Aerosystems, salah satu pembekal utama kepada Airbus and Boeing, selain Airbus Helicopters dan Leonardo – sebelum ini dikenali sebagai AgustaWestland.

“Kami menjangkakan pembangunan semula ekosistem aeroangkasa dan penerbangan  Aeroangkasa akan mewujudkan kesan limpahan kepada KLIA Aeropolis pada masa akan datang.

“Pada masa ini, MAHB mencipta nilai melalui kerjasama sinergi dengan rakan perniagaan untuk memperoleh faedah bersama dan menyediakan penyelesaian dari segi rantaian bekalan, modal insan, infrastruktur dan peralatan serta teknologi untuk menarik para peserta aeroangkasa menjadi sebahagian daripada ekosistem di Subang dan kemudiannya berkembang ke KLIA Aeropolis,” kata Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali.

Menurutnya, perjanjian perkongsian pertama antara Malaysia Airports dan Axis REIT Trust Axis-REIT (Axis-REIT) untuk membangunkan kemudahan perkilangan industri yang sesuai untuk Senior Aerospace UPECA.

Senior Aerospace UPECA adalah sebahagian daripada Kumpulan Senior yang merupakan peneraju dunia dalam pembuatan dan teknologi untuk produk aeroangkasa, automotif dan industri.

Syarikat itu juga adalah pengilang utama aeroangkasa Tahap 1 dan membekalkan bahagian pesawat untuk Airbus dan Boeing.

Kemudahan baru dengan 178,000 kaki persegi ini akan menawatkan automasi yang canggih dan bakal menempatkan lebih 400 kakitangan kejuruteraan dan teknikal yang berkemahiran tinggi.

Perjanjian perkongsian kedua adalah antara MAHB dan Skyways Technics, sebuah syarikat yang berpejabat di Lapangan Terbang Sønderborg dan Billund, Denmarkdengan pengalaman penyelenggaraan pesawat ATR selama 30 tahun.

MAHB juga menandatangani dua MoU dengan Persatuan Penerbangan Perniagaan Asia (AsBAA) dan MARA Corp.

AsBAA pula adalah persatuan yang mewakili 150 perniagaan dan entiti penerbangan merentasi sempadan.

Ia akan menyediakan pengetahuan industri penting mengenai isu-isu pembangunan utama yang berkaitan dan memberi cadangan untuk mengubah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebagai destinasi bagi penerbangan perniagaan, menawarkan keperluan industri tempatan dan serantau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast