Home Nasional Pembinaan DASH hingga 31 Januari tahun depan

Pembinaan DASH hingga 31 Januari tahun depan

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd,
pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan
melaksanakan kerja-kerja pembinaan lebuh raya di KM3.8 sehingga KM3.3,
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) susur masuk ke Mutiara Damansara.

Tempoh perlaksanaan kerja-kerja tersebut ialah dari 1 Februari 2018 sehingga 31
Januari 2019.

Langkah-langkah keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda,
penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit.

Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan
di kawasan kerja serta papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast