Home Dunia Suami curi buah pinggang isteri

Suami curi buah pinggang isteri

Gambar hiasan

BENGAL BARAT – Dua lelaki ditahan selepas mereka dipercayai terlibat mencuri buah pinggang isteri kepada salah seorang suspek.

Kejadian itu dipercayai berlaku dua tahun lalu apabila suami wanita itu mengaturkan pembedahan apendiks selepas isterinya mengadu sakit perut.

Beberapa bulan kemudian, wanita itu sakit dan dibawa berjumpa doktor oleh keluarganya.

Imbasan yang dilakukan mendapati wanita berkenaan kehilangan buah pinggang kanan. Pemeriksaan kedua yang dibuat turut mengesahkan dignosis pertama.

Wanita itu memberitahu, suaminya pernah membawa dia ke sebuah pusat rawatan persendirian di Kolkata, yang mana beliau dimaklumkan kesakitan perutnya akan baik selepas menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, suami wanita itu memberi amaran agar tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa.

“Sekarang baru saya faham mengapa suami tidak mahu saya membuka mulut mengenai pembedahan tersebut. Dia mencuri buah pinggang saya kerana keluarga tidak mampu memenuhi permintaan untuk wang hantaran perkahwinan kami,” katanya.

Di India, secara tradisinya wang hantaran perlu dibayar oleh keluarga wanita kepada suami tetapi amalan itu telah dimansuhkan sejak tahun 1961.

Tetapi, wanita itu mendakwa suaminya selalu meminta wang hantaran itu dijelaskan.

Polis berkata, kes itu disiasat di bawah peruntukan Akta Pemindahan Organ dan Tisu Manusia, selain cubaan membunuh dan penderaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast