LABUAN – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini, berkenan merasmikan sebuah masjid yang dinamakan sempena nama Seri Paduka di Kampung Lajau di sini.
Masjid Sultan Muhammad V sebelum ini dikenali sebagai Masjid Al Muhammadiyah Jamek. Ia adalah masjid kedua terbesar di Labuan.
Sultan Muhammad V, yang memakai jubah berwarna putih, berkenan menandatangani plak simbolik perasmian masjid berkenaan.
Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di masjid itu pada jam 12.43 tengah hari disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli serta lebih kira-kira 1,000 jemaah.
Seri Paduka kemudian menyertai para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat yang dipimpin Imam An-Nur Ustaz Mohd Najeeb Abd Rahim. – MalaysiaGazette