KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan pengiraan hibah bagi tahun kewangan 2017 adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Untuk hibah tahunan yang diagihkan sebanyak 4.50 peratus, pengiraannya mengikut purata minimum bulanan didarabkan 4.50 peratus (Januari-Disember/12 bulan) x 4.50 peratus).
Manakala baki purata minimum bulanan untuk hibah haji pula didarabkan dengan1.75 peratus didarab (tertakluk kepada maksimum RM9,980 (Januari-Disember 2017/12 bulan x 1.75 peratus).
TH berkata, para pendeposit boleh menyemak hibah yang dikredit mulai Isnin ini (12 Februari) di kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat.
Semakan simpanan juga boleh dilakukan di ATM dan portal Internet bank-bank rakan strategik termasuk Maybank Islamic serta portal Internet TH (THJari) dan aplikasi mudah alih THiJari. – MalaysiaGazette