Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd beramah mesra bersama Pengarah Kaunter Keganasan INTERPOL, Dinis Adriao (dua kanan) pada sidang media pada Majlis Penutup Project Vector Bioterrorism Evidence Exploitation Workshop 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 09 FEBRUARI 2018

PUTRAJAYA – Malaysia buat julung kalinya mengadakan Bengkel Exploitasi Bukti Bioterorisme pada tahun ini 2018 bermula 7 Febuari.

Bengkel yang banyak memberikan input khususnya berkaitan cara jabatan-jabatan dalam kerajaan Malaysia bekerjasama menyiasat kes melibatkan pengganas diharap dapat dilakukan secara berkala setiap tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd bercakap pada sidang media pada Majlis Penutup Project Vector Bioterrorism Evidence Exploitation Workshop 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 09 FEBRUARI 2018

“Malaysia dipilih Interpol, dan ini merupakan benda baru, sebelum ini tiada lagi bengkel sebegini dengan kehadiran Interpol lagi. Walaupun pertama kali tapi saya juga menyuarakan harapan agar ia mungkin akan dapat diadakan setiap tahun,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis penutupan bengkel itu di sebuah hotel di sini.

Hadir pada bengkel ini adalah wakil daripada Interpol dari Lyon , Perancis Dinis Adrio dan Zoran Sandev selaku Skretariat Umum yang bersama-sama beberapa jabatan kerajaan yang terlibat dalam siasatan kes melibatkan pengganas dalam negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast