Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai dan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian melawat tapak pameran Belt & Road Initiative 2.0 di Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto IMRAN FAKHRI, 09 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Pelancaran insiatif dasar perdagangan baharu China menerusi MCA Belt & Road 2.0 diyakini memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA telah memperhebatkan lagi usaha meningkatkan pelaksanaan inisiatif berkenaan dengan memperluaskan peluang penyertaan usahawan muda Malaysia di China.

“Dalam MCA Belt & Road 2.0 ini, kita menggariskan lima strategi utama yang perlu difokus iaitu pertama Business Transformation and Young Start-ups, SME Go, Global, Trade and Investment Promotion Platform, B&R Policy Coordination Platform dan Education and Training.

“Peranan kerajaan sudah pasti mahu menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif, sihat dan memberangsangkan sekali gus mensejahterakan rakyat jelata.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan inisiatifnya membuka kerjasama bilateral pelaburan dan lain bersama China membuka lembaran baharu dalam ekonomi negara.

“Beliau sangat berpengaruh di peringkat global dalam mempromosikan negara sebagai pesaing ekonomi dan sangat dihormati pemimpin dunia dari Timur Tengah, India, Amerika Syarikat, Rusia dan China.

“Ini membawa imej baik kepada negara dan juga keyakinan kepada China untuk bekerjasama dengan Malaysia yang sudah pasti akan membawa impak positif terhadap ekonomi negara sekali gus keputusan yang luar biasa untuk BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini,” tegasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kerjasama pelaburan dan ekonomi Malaysia dengan China dan kesannya kepada kerajaan menjelang PRU14.

Ditanya mengenai keyakinan usahawan Cina terhadap inisiatif Malaysia menembusi pasaran China, beliau berkata: “Usahawan kita di sini sangat yakin dan positif dengan kerjasama dua hala ini dalam aspek pelaburan.

“Keyakinan itu akan menjadi pemacu ekonomi negara di peringkat antarabangsa sekali gus membuka luas peluang kepada usahawan kita dalam kalangan pelbagai kaum untuk meneroka pasaran luas negara itu.

“Kita sudah melangkah dalam ekonomi digital dan Kawasan Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) untuk memacu perniagaan kita dan kerjasama dengan China akan merealisasikannya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast