Liam Miller.

LONDON – Bekas pemain tengah Manchester United, Liam Miller meninggal dunia pada usia 36 tahun kerana kanser pankreas, lapor Main Online

Pada November lalu, Miller yang juga bekas pemain Celtic disahkan menderita akibat penyakit kanser.

Dia menjalani rawatan di Amerika Syarikat (AS) sebelum pulang ke Cork, Ireland untuk kemoterapi.

Pemain kelahiran Ireland itu cuba bertarung melawan penyakit itu tetapi meninggal dunia, hanya empat hari menjelang hari jadinya ke-37.

Miller memulakan kerjayanya di Parkhead dengan Celtic pada 2000 dan menjaringkan dua gol dalam 26 penampilan semasa era Martin O’Neill.

Dia kemudiannya berpindah ke Manchester United pada 2004 menerusi perpindahan secara percuma. – Mail Online

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast