Home Nasional Diskaun tol 10% KL-Karak, LPT

Diskaun tol 10% KL-Karak, LPT

Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Gombak menghala Pantai Timur.

BENTONG – Pemegang Konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua kelas kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun yang bermula pada pukul 12 tengah malam 16 Februari hingga 11.59 malam hari yang sama bertujuan memeriahkan sambutan perayaan itu.

Beliau menambah,  Anih Berhad menjangkakan peningkatan trafik sebanyak 60 peratus bermula petang 14  dan 17 Februari  depan berbanding 150,000 kenderaan pada hari biasa kerana pengguna mengambil peluang bercuti sempena cuti panjang perayaan.

“Bagi melancarkan perjalanan, Anih Berhad berharap orang ramai dapat mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kenderaan bertembung pada masa sama pada waktu puncak di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast