Penerima anugerah, Profesor Dr. Rajah Rasiah menunjukkan Anugerah Profesor Ulung 2017 yang diterimanya pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Hotel Marriott, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 12 FEBRUARI 2018.
KUALA LUMPUR – Sektor pertanian dan perlombongan negara tidak sewajarnya dikurangkan penekanan semata-mata kerana sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin menguncup.

Profesor Ulung Negara, Prof. Dr. Rajah Rasiah berkata, meski pun negara sedang menuju ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR), namun dua sektor konvensional perlu diberi nilai tambah bagi memastikan pengeluarannya tidak terjejas.

“Pembangunan sebenarnya melibatkan peningkatan dalam nilai ditambah. Kita tak boleh mengurangkan penekanan kepada mana-mana satu sektor, biarpun sektor pertanian berkurang, semakin mengecut dalam KDNK.

“Kita harus pastikan ianya tidak mengalami penurunan dalam nilai tambah daripada pengeluaran, ia seharusnya naik, sama juga dengan perindustrian dan perkhidmatan,” katanya pada sidang media pada Majlis Anugerah Profesor Negara 2017 di Hotel Marriott, di sini, hari ini.

Penerima anugerah, Profesor Dr. Rajah Rasiah berucap pada Majlis Anugerah Profesor Ulung 2017 di Hotel Marriott, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 12 FEBRUARI 2018.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang mahu para akademik khususnya Profesor Ulung Negara membantu kementeriannya untuk menghadapi revolusi itu.

Rajah berhasrat membantu semua kementerian khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi berdepan revolusi itu berdasarkan kepakaran dan pengalamannya.

“Kita lihat teknologi telah beralih dan apakah masa depan nanti dan bagaimana kita boleh menggunakan teknologi itu seluas-luasnya untuk membangunkan industri di Malaysia.

“Kalau kita guna deindustrialisasi yang positif, mencerminkan pengurangan, pengecutan sumbangan sektor perkilangan kepada KDNK, tetapi nilai tambahnya masih terus naik.

“Itu merupakan pengalaman Jerman, Korea dan Jepun. Jadi kita kena pastikan Malaysia mengalami suasana sedemikian begitu juga dengan pertanian,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan Anugerah Profesor Ulung 2017 kepada Profesor Dr. Rajah Rasiah (dua kanan) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur (kanan) pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Hotel Marriott, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 12 FEBRUARI 2018.

Ditanya tentang dana berbentuk geran yang disediakan Kemneterian Pendidikan bernilai RM300,000 beilau berkata, ia akan digunakan untuk menghasilkan buku berdasarkan usaha yang dilakukan sebelum ini kepada banyak negara.

“Hasrat rakan kongsi supaya saya mengarang buku, supaya saya sampaikan apa saja saya pelajari, penerokaan dalam bahasa mudah supaya ia boleh difahami oleh rakyat jelata.

“Memandangkan saya mempunyai hubungan yang baik dengan penerbit-penerbit antarabangsa, itu merupakan antara matlamat saya untuk bagaimana saya nak gunakan dana itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast