Penolong Gabenor Bank Negara, Norzila Abdul Aziz (tengah) beramah mesra bersama para panel yang hadir pada program perbincangan menuju harga pasaran perumahan mampu milik di bandar sempena Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF-9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 12 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menggunakan kaedah pembinaan yang maju dan berteknologi tinggi, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Norliza Abdul Aziz

Jelas beliau, aspek pembinaan sangat berkait rapat dengan kos pengurusan pembinaan yang pada akhirnya memberi kesan terhadap harga rumah di pasaran.

“Perumahan awam masih dalam tahap awal, kerana kita masih lagi menyesuaikan mana satu model perumahan awam yang betul,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Perbincangan menuju harga pasaran perumahan mampu milik di bandar di Urban Forum Ke-9 hari ini.

Tambah Norliza, pasaran perumahan dalam negara khususnya rumah mampu milik yang dikendalikan pelbagai agensi juga mengakibatkan ketidakcekapan dalam pelaksanaan harga.

“Oleh itu, terdapat kelebihan yang jelas untuk mempunyai perumahan awam terpusat kerana terdapat isu-isu pasaran yang perlu ditangani ke dalam kedudukan kos yang cekap tetapi perumahan awam yang menarik yang mengambil kira kaedah pembinaan,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu berkata, kemampuan memiliki perumahan tidak hanya menjadi kebimbangan dalam Malaysia sahaja malah juga di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pengurus Negara Bank Dunia Malaysia, Faris H. Hadad-Zervos.

Pada tahun 2014, dianggarkan 330 juta isi rumah bandar di seluruh dunia tinggal di perumahan kos rendah kerana tidak mampu memiliki rumah mampu milik. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast