Home Nasional Ambil pekerja lama MAS untuk isi kekosongan

Ambil pekerja lama MAS untuk isi kekosongan

nufam
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) digesa mengambil semula pekerja lama mereka yang dihentikan pada 2015 bagi mengurangkan beban kos operasi mereka.

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) berkata, syarikat penerbangan itu masih belum membuat keuntungan tetapi sudah mula mengambil pekerja baru untuk menampung operasi destinasi penerbangan baru.

“Jadi eloklah Malaysia Airlines mengambil semula pekerja yang lama dan berpengalaman. Mengambil pekerja yang baru boleh menyebabkan pembaziran dan menaikan kos latihan.

“Lagipun ramai lagi pekerja MAS yang dihentikan pada 2015 masih belum ada pekerjaan tetap. Ada yang bawa Uber, GrabCar dan menjual nasi lemak.

“Siapa yang kata pekerja ini semua ada pekerjaan tetap? Kalau ada statistik yang menyatakan mereka ini ada pekerjaan tetap; kami mohon Malaysia Airlines kemukakan data yang ada,” kata NUFAM dalam kenyataan di sini.

Tambah kesatuan itu lagi, tidak salah kerajaan menyokong Malaysia Airlines mengambil semula pekerja lama memandangkan cadangan untuk mengurangkan 6,000 kakitangan MAS telah dipersetujui kerajaan juga.

NUFAM menaruh harapan agar Ketua Pegawai Eksekutf Malaysia Airlines dapat mengambil kira cadangan ini dalam menambah kakitangan syarikat penerbangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast