BALI – Gunung Agung kembali meletus selepas beberapa hari status amarannya diturunkan kepada penduduk setempat.
Rakaman gambar dari media sosial menunjukkan asap melepasi 1.5 kilometer dari gunung tersebut.
Setakat ini, asap dari gunung berkenaan tidak menjejaskan penerbangan masuk dan keluar dari Bali tetapi pihak berkuasa memantau perkembangannya.
Pihak berkuasa Indonesia telah menurunkan status amaran dari paras tertinggi selepas aktiviti gunung itu merosot. – MalaysiaGazette