Foto Twitter The Jangs.

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga Super 2018 Negeri Sembilan dikejutkan dengan berita penjaga gol mudanya, Ahmad Syihan Azmi positif doping semasa menghadapi Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China bulan lalu.

Syihan merupakan salah seorang pemain skuad B-23 tahun negara.

Keputusan ujian doping yang dijalankan di Kunshan, China mendapati Syihan mengambil steroid anabolik yang bertujuan untuk membantu pembinaan otot.

Berita itu disahkan sendiri oleh pengurus skuad itu, Datuk Mohd. Haslah Mohd Amin.

Foto Twitter The Jangs.

Difahamkan, Syihan digantung selama 60 hari dan pihak Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan Syihan diturunkan dalam mana-mana perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Sementara itu, difahamkan, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, turut memaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) diberi tempoh masa tertentu untuk mencari pengganti Syihan.

Menurutnya, FMLLP tidak boleh membenarkan Syihan beraksi sepanjang tempoh siasatan biarpun pemain itu belum didapati bersalah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast