Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata penangguhan itu bagaimanapun tidak menjejaskan hari kelepasan am pada hari tersebut.

“Jumaah Majlis Diraja menjunjung titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Jumaat, 23 Mac 2018 adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Bagaimanapun, hari lepasan am pada 23 Mac dikekalkan,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

–BERNAMA